Monday, March 31, 2014

Apa itu ROM??

ROM... adalah panggilan oleh pembina modifikasi sesebuah Android Os..
hal ini kerana... dalam beberapa model smartphone yg dikeluarkan oleh syarikat pengeluar smartphone.. seperti.. Samsung.. Lenovo... Sony dan lain.... Ada sebilangan Telefon Tidak Dapat KEMASKINI sistem operasi telefon mereka...  contoh... Samsung Galaxy Y... Secara rasminya... Model ini hanya.. boleh dikemaskinikan Sistem operasi ke Android 2.3.5.. iaitu Android gingerbeard .. rujuk sini kalau nak tahu sejarah Android.. --> Kenali Android.. (Versi)

Tetapi.. dengan adanya kumpulan rasmi dan ahlinya terdiri daripada mereka yg mahir dalam bidang modifikasi ini.. mereka... mencipta / ubahsuai sistem operasi Android..Oleh itu, Samsung Galaxy Y yg rasminya boleh dikemaskini sehingga ke Android 2.3 kini Ianya boleh dikemaskini ke Android Jellybean / Android Kitkat..   Dengan memasukkan ROM modifikasi yg dikeluarkan oleh beberapa kumpulan modifikasi android yg ada di dunia ini...
(cara untuk masukkan rom moadifikasi.. -guna komputer)

Antara ROM modifikasi yg ada sehinnga kini adalah:
  1. AOKP #
  2. CYANOGENMOD # ( digunakan di Telefon OPPO)
  3. MIUI # ( digunakan di Telefon Xiaomi )
  4. Vibe # ( digunakan beberapa telefon Lenovo seperti, S960, S930, S650, S820 dan ada beberapa lagi )
  5. Color #
  6. Paranoid Android
  7. P.A.C True all in1 ROM
  8. Vanilla RootBox
  9. Liquid Smooth
  10. Slimbean
  11. Carbonrom
  12. CodefireX
* Tak semua model Telefon yg ada di dunia mereka buat Rom Modifikasi..
* Masing2 rom ada kelebihan dan kelemahannya tersendiri..
* Tak semua semua rom modifikasi yg ada .. aq senaraikan diatas.. adalagi lain2... tapi.. tak terkenal...
*  Tanda # adalah rom modifikasi yg terkenal...
* Masing2 rom modifikasi mengubahsuai "interface" atau "style dalaman " sesebuah telefon tu.. Contoh, aq masukkan Vibe Rom Ke S820, Wanie Waca... Tengok.. Interface telefonnya... KAN dah berubah...  dari yg asal ke Vibe Rom.. ^^..

Sekian..
                                                               CarbonRom


                                                                 Vibe Terbaru (Android Kitkat)

                                               Cyanogenmod 11 (Terbaru.. Android Kitkat 4.4)

Mari mengenali apa itu Android

Dewasa kini, semakin ramai rakyat Malaysia yang mampu membeli dan memiliki telefon pintar atau tablet yang menggunakan sistem operasi Android. Mungkin sesetengah anda di luar sana yang masih tidak tahu dan tertanya-tanya apakah itu Android?

Untuk makluman, Android adalah sistem operasi untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU.

Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google). Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.

Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobile.

Terdapat pelbagai jenis telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android, iaitu S5, note 3, mi3, vibe z dan lain-lain..

Secara berurutan, berikut adalah versi-versi Sistem Operasi Android dari awal hingga saat ini:
  1. Android versi 1.0 (Android Apple Pie)
  2. Android versi 1.1 (Android Banana Bread)
  3. Android versi 1.5 (Android Cupcake)
  4. Android versi 1.6 (Android Donut)
  5. Android versi 2.0/2.1 (Android Eclair)
  6. Android versi 2.2 (Android Froyo: Frozen Yoghurt)
  7. Android versi 2.3 (Android Gingerbread)
  8. Android versi 3.0 (Android Honeyc0mb)
  9. Android versi 4.0 (Android Ice Cream Sandwich)
  10. Android versi 4.1 - 4.2.2 (Android Jelly Bean)
  11. Andoid versi 4.4 (Kitkat) (Terbaru)
 






Pengertian Sistem Operasi

Operating system (OS) atau yang sering di sebut sistem operasi adalah sekumpulan perintah dasar yang berperanan untuk menjalankan dan mengoperasikan komputer, telefon pintar dan juga gajet-gajet yang berkaitan..

Kalau di komputer... kita ada OS seperti;
  1. Mac Os *
  2. Windows Os*
  3. Ubuntu Os*
  4. Redhat Os
  5. Debian Os
  6. Open suse Os
  7. Unis Os 
Tanda * adalah Os yg masih digunakan sehingga sekarang.. dan yg lain-lain.. aq x berapa tahu ..

Manakala kalau di smartphone (hp) pula... kita ada.. 
  1. Android Os (Google)
  2. iOs (Apple)
  3. Windows Mobile (Nokia)
  4. Symbian ( Nokia)
  5. Java (Banyak)
  6. Blackberry (Blackberry)
  7. Ubuntu Os
  8. Firefox Os
  9. Jellyfish Os 
  10. Tizen Os (Baru dari Samsung)
Tetapi Dalam Banyak-banyak Os yg ada di smartphone... kini yg terkenal adalah Android.. iOs dan Windows Mobile..

OK.. Aq x nak cakap panjang-panjang yg lain-lain.. Tetapi.. Aq akan bahaskan Os yg terkenal Iaitu ANDROID OS..

KALAU NAK TAHU.. SILA KE SINI... ---> Kenali Android Os